Pondok Tadabbur Dungun Daftar

Sesi Januari 2027 · Pendaftaran dibuka

Tadabbur Ihya'

Bersih Hati·Faham Wahyu·Hidup Sunnah

Belajar Al-Quran untuk memahami dan menghayati maknanya. Satu hari seminggu untuk menghidupkan hati, Al-Quran dan Sunnah dalam diri, dalam bahasa Melayu, di Pondok Tadabbur Dungun.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ

“Wahai orang beriman, sahutlah seruan Allah dan Rasul apabila dia menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu.” (Al-Anfal: 24)

Early BirdYuran Daftar Sesi 1 - 2027 RM100 RM50 sebelum 15 Dis 2026
Ajak RakanYuran Daftar Sesi 1 - 2027 RM100 RM0 jika ajak rakan anda. RM0 untuk anda berdua. *Rakan anda tertakluk kepada pelajar baharu sahaja

Jadual kelas

Dua pilihan hari: Selasa atau Jumaat

Setiap kelas dirangka mengikut rutin harian peserta. Pilih hari yang paling sesuai dengan jadual anda.

Kelas SelasaTadabbur Hati · Tadabbur Quran · Tadabbur Hadis · bermula 5 Januari 2027
Sesuai untukPesara & Suri Rumah

Program sehari yang tersusun pada waktu siang, memberi ruang untuk mendalami ketiga-tiga program secara berterusan dalam suasana yang tenang.

Daftar Kehadiran8.45 pg – 9.00 pg
Tadabbur Hati9.00 pg – 10.00 pg
Minum Pagi10.00 pg – 10.30 pg
Tadabbur Quran10.30 pg – 12.30 tgh
Rehat & Zohor12.30 tgh – 2.00 ptg
Tadabbur Hadis2.00 ptg – 3.15 ptg
8.45 pg12.30 tgh3.15 ptg · bersurai
Kelas JumaatTadabbur Quran sahaja · bermula 8 Januari 2027
Sesuai untukPekerja & Usahawan

Kelas dua jam pada petang Jumaat yang padat dan berfokus, mudah disesuaikan dengan jadual kerja dan urusan perniagaan.

Tadabbur Quran3.00 ptg – 5.00 ptg

Tiga program

Pilih satu, atau sertai ketiga-tiganya

Kami sarankan anda ambil ketiga-tiga program kerana ia saling melengkapi: Hati dibersihkan, Al-Quran difahami, dan Sunnah dihidupkan. Namun anda bebas memilih mana-mana program yang sesuai.

PROGRAM 1Percuma

Tadabbur Hati

“Hati Bersih, Ilmu Bersinar”

Mengenal 20 sifat hati: 10 tercela untuk dirawat dan 10 terpuji untuk disuburkan, kemudian adab harian bersama Bidayatul Hidayah karya Imam Al-Ghazali.

Hari
Selasa
Masa
9.00 pg – 10.00 pg
Tempoh
1 tahun · 48 pertemuan

Pentadabbur

Ustaz Amir Syakirin
Ustaz Amir SyakirinSetiap Selasa, 9.00 pg

Manfaat yang anda dapat

  • Hati lebih tenang dan lapang menghadapi ujian hidup
  • Mengenal dan merawat penyakit hati sendiri: riya', hasad, marah
  • Ibadah lebih ikhlas dan khusyuk
  • Akhlak dan adab harian lebih terjaga
  • Hati bersedia menerima ilmu Al-Quran dan Sunnah

Buku rujukan

Kitab 20 Sifat Hati Yang Keji dan Terpuji
Jan – Jun
Kitab Bidayatul Hidayah, Imam Al-Ghazali
Jul – Dis
Lihat lagi

“(Iaitu) hari yang tidak bermanfaat harta dan anak-pinak, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera.” (Asy-Syu'ara': 88–89)

Kenapa perlu belajar?

  1. Hati menentukan baik buruk seluruh amalan.HR Bukhari & Muslim
  2. Allah melihat hati dan amalan, bukan rupa dan harta.HR Muslim
  3. Berjayalah orang yang menyucikan jiwanya.Asy-Syams: 9
  4. Hanya hati yang sejahtera berguna di akhirat.Asy-Syu'ara': 88–89

Hati ialah raja kepada seluruh anggota. Jika hati baik, baiklah seluruh amalan. Kelas 1 jam ini membawa peserta mengenal 20 sifat hati melalui ayat Al-Quran dan hadis, kemudian menghidupkannya dalam adab harian melalui kitab Bidayatul Hidayah.

Objektif

  1. Mengenal hati sebagai raja anggota dan punca baik-buruknya amalan.
  2. Mengenal pasti 10 sifat tercela dalam diri dan cara merawatnya (takhalli).
  3. Menyuburkan 10 sifat terpuji melalui tadabbur ayat dan hadis (tahalli).
  4. Membina adab harian dan menjaga anggota daripada maksiat berpandukan Bidayatul Hidayah.
  5. Menyediakan hati yang lapang untuk menerima ilmu Al-Quran dan Sunnah pada kelas seterusnya.

Kitab

  • Kitab 1: 20 Sifat Hati – Nik Abd Kadir B Nik Muhammad (Jan – Jun)
  • Kitab 2: Bidayatul Hidayah – Imam Ghazali (Jul – Dis)
  • Rujukan: Ihya' 'Ulumiddin, Mukhtasar Minhajul Qasidin, Al-Mustakhlas fi Tazkiyatil Anfus

Aliran kelas 1 jam

9.00 – 9.05Pembukaan & doa
9.05 – 9.40Tadabbur sifat hati: ayat, hadis & huraian
9.40 – 9.55Muhasabah: menilai hati sendiri & menetapkan satu latihan hati untuk seminggu
9.55 – 10.00Penutup & doa

Perjalanan setahun: 4 marhalah

MarhalahFokusTarikh
1. TakhalliMengosongkan hati daripada 10 sifat tercelaJan – Mac 2027 · Siri 1–12
2. TahalliMenghiasi hati dengan 10 sifat terpujiApr – Jun 2027 · Siri 13–24
3. Adab KetaatanMenghidupkan ibadah harian dengan adabJul – Sep 2027 · Siri 25–36
4. Menjaga Diri & Adab BergaulMenjauhi maksiat anggota dan memperindah pergaulanOkt – Dis 2027 · Siri 37–48
PROGRAM 2Pelajar Lama RM129Pelajar Baharu RM149sebulan

Tadabbur Quran

“Lidah Membaca, Akal Merenung, Hati Menghayati”

Amazing Quran: 5 muka surat seminggu, 20 muka surat sebulan atau 1 juzuk sebulan. Tersurat dan tersirat, asbab nuzul, sirah dan kaedah tadabbur, hingga khatam 30 juzuk dengan faham.

Selasa
10.30 pg – 12.30 tgh
Jumaat
3.00 ptg – 5.00 ptg
Tempoh
2 tahun 6 bulan

4 pentadabbur bergilir

Ustaz Amir SyakirinMinggu 1Ustaz Amir Syakirin
Ustaz Fateh MursyidMinggu 2Ustaz Fateh Mursyid
Ustaz Syafiq RahimMinggu 3Ustaz Syafiq Rahim
Ustaz Mahmud JamaludinMinggu 4Ustaz Mahmud Jamaludin

Manfaat yang anda dapat

  • Khatam 30 juzuk dengan faham, bukan sekadar membaca
  • Mampu mentadabbur Al-Quran sendiri dengan kaedah yang betul
  • Mengenal asbab nuzul dan sirah di sebalik ayat
  • Solat lebih khusyuk kerana faham ayat yang dibaca
  • Komuniti yang istiqamah bersama hingga khatam

Kitab rujukan

Mushaf Amazing Quran: Al-Quran Al-Karim amazing, Waqaf dan Ibtida', terbitan Karya Bestari, 5 jilid
Mushaf Amazing Quran · Waqaf dan Ibtida' · Karya Bestari · 5 jilid (6 juzuk setiap jilid)
Lihat lagi

“Sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu, penuh berkat, supaya mereka mentadabbur ayat-ayatnya dan supaya orang yang berakal mengambil pelajaran.” (Sad: 29)

Kenapa perlu belajar?

  1. Al-Quran diturunkan supaya ayat-ayatnya ditadabbur.Sad: 29
  2. Apakah mereka tidak mentadabbur Al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?Muhammad: 24
  3. Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.HR Bukhari
  4. Majlis mempelajari Kitab Allah dilimpahi ketenangan, rahmat dan malaikat.HR Muslim

Program teras Pondok Tadabbur. Setiap minggu peserta mentadabbur 5 muka surat; empat minggu bersamaan satu juzuk sebulan. Dalam 2 tahun 6 bulan, peserta khatam 30 juzuk dengan kefahaman, bukan sekadar bacaan.

Objektif

  1. Mentadabbur keseluruhan 30 juzuk secara tersusun: 5 muka surat seminggu, 1 juzuk sebulan.
  2. Memahami isi tersurat dan tersirat ayat, berserta asbab nuzul dan sirah yang berkaitan.
  3. Menguasai kaedah tadabbur supaya peserta mampu mentadabbur Al-Quran secara sendiri.
  4. Menghubungkan ayat dengan kehidupan melalui satu ibrah dan satu amalan setiap minggu.
  5. Khatam 30 juzuk bersama komuniti dalam tempoh 2 tahun 6 bulan.

Empat pentadabbur, satu juzuk sebulan

Setiap juzuk ditadabbur oleh empat pentadabbur berbeza, setiap seorang membawa satu minggu (5 muka surat): Minggu 1 Ustaz Amir Syakirin (m/s 1–5), Minggu 2 Ustaz Fateh Mursyid (m/s 6–10), Minggu 3 Ustaz Syafiq Rahim (m/s 11–15), Minggu 4 Ustaz Mahmud Jamaludin (m/s 16–20).

Aliran kelas 2 jam (Selasa · Jumaat)

SelasaJumaatAktiviti
10.30 – 10.403.00 – 3.10Pembukaan, doa & imbasan minggu lepas
10.40 – 11.003.10 – 3.30Bacaan bersama 5 muka surat
11.00 – 11.503.30 – 4.20Pengisian tadabbur: tersurat & tersirat, asbab nuzul, sirah, kaedah tadabbur
11.50 – 12.154.20 – 4.45Perkongsian tadabbur peserta & soal jawab
12.15 – 12.304.45 – 5.00Ibrah & amal minggu ini, penutup & doa

Perjalanan 2 tahun 6 bulan: 5 marhalah

MarhalahJuzukTarikh
1. Al-Asas · Membina Asas Akidah & Syariat1–6Jan – Jun 2027
2. Al-'Ibrah · Pengajaran dari Umat Terdahulu7–12Jul – Dis 2027
3. Al-Qasas · Kisah Para Nabi & Hikmahnya13–18Jan – Jun 2028
4. At-Tazkiyah · Penyucian Jiwa & Pembinaan Diri19–24Jul – Dis 2028
5. Al-Khitam · Menuju Khatam, Menggenggam Iman25–30Jan – Jun 2029
Selasa hingga 24 Jul
PROGRAM 3Pelajar Lama RM29Pelajar Baharu RM49sebulan

Tadabbur Hadis

“Memahami Sabda, Menghidupkan Sunnah”

Hadis pilihan daripada Hadis 40 dan Riyadus Solihin (Imam Nawawi), bersama asas Mustalah Hadis supaya anda tahu cara menyemak hadis tular.

Hari
Selasa
Masa
2.00 ptg – 3.15 ptg
Tempoh
1 tahun · 48 pertemuan

3 pentadabbur bergilir

Ustaz Amir SyakirinMinggu 1Ustaz Amir Syakirin
Ustaz Ikram GhazaliMinggu 2 & 4Ustaz Ikram Ghazali
Ustaz Syafiq RahimMinggu 3Ustaz Syafiq Rahim

Manfaat yang anda dapat

  • Memahami hadis-hadis pilihan yang menjadi asas agama
  • Tahu membezakan hadis sahih, da'if dan palsu
  • Tidak mudah terpedaya dengan hadis tular
  • Melihat bagaimana hadis menjelaskan Al-Quran
  • Menghidupkan sunnah dalam kehidupan harian

Buku rujukan

Buku Hadis 40, terbitan Ulum Hadith Research Centre
Jan – Jun
Riyadus Solihin, Imam Nawawi
Jun – Dis
Lihat lagi

“Semoga Allah menyerikan wajah seseorang yang mendengar satu hadis daripada kami, lalu dia menghafalnya sehingga dia menyampaikannya.” (HR Abu Daud & At-Tirmizi)

Kenapa perlu belajar?

  1. Sesiapa mentaati Rasul, sesungguhnya dia mentaati Allah.An-Nisa': 80
  2. Apa yang dibawa Rasul, terimalah; apa yang dilarangnya, tinggalkanlah.Al-Hasyr: 7
  3. Sunnah menerangkan Al-Quran kepada manusia.An-Nahl: 44
  4. Amaran keras bagi yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.HR Bukhari & Muslim

Jika Al-Quran ialah petunjuk, hadis ialah penjelasnya. Peserta mentadabbur matan, perawi, asbab wurud, kaitan dengan Al-Quran dan ibrah setiap hadis, bersama asas ilmu Mustalah Hadis.

Objektif

  1. Memahami maksud hadis dengan tepat berdasarkan syarah ulama muktabar.
  2. Menghubungkan hadis dengan ayat Al-Quran yang dijelaskannya.
  3. Mengenali konteks (asbab wurud) dan sirah di sebalik setiap hadis.
  4. Memahami asas Mustalah Hadis: sahih, hasan, da'if, maudhu' dan cara menyemak hadis, termasuk hadis tular.
  5. Menjadikan setiap hadis amalan yang dihidupkan dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Kitab

  • Kitab 1: Hadis 40 – Imam Nawawi (Jan – Jun)
  • Kitab 2: Riyadus Solihin – Imam Nawawi, bab pilihan (Jun – Dis)
  • Mustalah: Taisir Mustalah Al-Hadis & Al-Manzumah Al-Baiquniyyah

Perjalanan setahun: 4 marhalah

MarhalahKitabTarikh
1. Asas Iman & AkhlakHadis 40 · Hadis 1–24Jan – Mac 2027 · Siri 1–12
2. Amal, Kebajikan & UmmahHadis 40 · Hadis 25–42, kemudian Riyadus SolihinApr – Jun 2027 · Siri 13–24
3. Penyucian HatiRiyadus Solihin · bab pilihanJul – Sep 2027 · Siri 25–36
4. Akhlak & KehidupanRiyadus Solihin · bab pilihan + Majlis KhatamOkt – Dis 2027 · Siri 37–48

Sertai ketiga-tiganya

17 jam ilmu sebulan, dari RM9.29 sejam

Ketiga-tiga program berlangsung pada hari Selasa. Datang sekali seminggu, pulang dengan hati, Al-Quran dan Sunnah.

ProgramPelajar LamaPelajar Baharu
Tadabbur Hati 4 jamPercumaPercuma
Tadabbur Quran 8 jamRM129RM149
Tadabbur Hadis 5 jamRM29RM49
Kos bulanan 17 jam sebulanRM158RM198
Kos sejam ÷ 17 jamRM9.29RM11.65

17 jam sebulan = 4 Selasa × 4 jam 15 minit. Tadabbur Hati percuma untuk semua.

Kata pelajar

Dengar sendiri daripada pelajar kami

Program yang telah kami anjurkan

Pondok Tadabbur bersama Masyarakat Dungun

Malaysia #QuranHour Rhu Berderu, Dungun 28 & 30 Ogos 2026

“Bangsa Berbudi & Penyayang”: dua hari bersama warga Dungun menghayati Surah Luqman dan Surah Al-Balad, terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

  • 28 Ogos
    Parenting Talk: Masuk Syurga Sekeluarga
    5 Tunjang Karektor Luqmaniyy
  • 30 Ogos
    Tadabbur Perdana & Munajat Merdeka
    Pidato khas Surah Al-Balad, bicara tokoh, solat berjemaah

Rakan penganjur: KOPEDU, Pertubuhan Rakan Ngaji dan Pondok Tadabbur, bersama rakan strategik di sekitar Dungun.

Perjalanan ilmu

Khatam 30 juzuk pada 2029

Kelas Jumaat khatam pada 29 Jun 2029, kelas Selasa pada 24 Jul 2029.

202720282029
Tadabbur Hati
Jan – Dis 2027
2028 – 2029: akan dimaklumkan
Tadabbur Quran
Jan 2027 – Jul 2029 · Khatam
Tadabbur Hadis
Jan – Dis 2027
2028 – 2029: akan dimaklumkan

Pendaftaran

Tempah Tempat Anda

Tempat disahkan selepas bayaran berjaya. Setiap kelas dihadkan kepada 30 orang.

Early BirdYuran Daftar Sesi 1 - 2027 RM100 RM50 sebelum 15 Dis 2026
Ajak RakanYuran Daftar Sesi 1 - 2027 RM100 RM0 jika ajak rakan anda. RM0 untuk anda berdua. *Rakan anda tertakluk kepada pelajar baharu sahaja
Kulit Booklet Tadabbur Ihya'
Percuma: Booklet PDF Tadabbur Ihya'

Setiap yang daftar dan bayar akan menerima booklet PDF yang menerangkan kesemua program, jadual dan perjalanan ilmu.

Lihat Buku Panduan Ihya' (PDF)

  1. Isi maklumat dan pilih Pelajar Baharu atau Pelajar Lama.
  2. Pilih hari kelas (Selasa atau Jumaat) dan program.
  3. Bayar melalui FPX (perbankan dalam talian).
  4. Terima pengesahan dan booklet PDF percuma melalui emel. Kami juga akan hubungi anda di WhatsApp.
Tulis nombor telefon tanpa sengkang atau ruang, contoh 0109992027.
Resit, pengesahan dan booklet PDF akan dihantar ke emel ini.
Kategori
Harga terkini untuk Pelajar Baharu.
Hari kelas
Program
Disarankan ambil ketiga-tiga program kerana saling melengkapi. Anda boleh pilih mana-mana.
Yuran Program (Bulanan)RM0
Yuran Daftar Sesi 1 - 2027Early Bird
Jumlah bayaranYuran program bulan pertama + yuran pendaftaranRM0

Bayaran selamat melalui Bayarcash · FPX semua bank utama Malaysia

Bangunan Pondok Tadabbur Dungun, bangunan hijau di hujung deretan kedai, tingkat atas Citylink
Bangunan hijau di hujung deretan kedai. Pondok Tadabbur di tingkat atas.

Lokasi kelas

Bilik Seminar Pondok Tadabbur Dungun

Atas Citylink Dungun, berhampiran Desa Mini Batik & Rotiboy, Dungun, Terengganu.

  • Parkir di hadapan deretan kedai
  • Solat Zohor berjemaah di masjid berdekatan
  • Kelas Selasa: ketibaan dari 8.45 pg

Suasana kelas

Kelas berhawa dingin dan kondusif

Bilik seminar yang luas, terang dan berhawa dingin, lengkap dengan papan putih dan skrin paparan. Disediakan juga ruang rehat yang selesa untuk minum pagi, makan tengah hari dan beramah mesra sesama peserta.

Bilik seminar Pondok Tadabbur yang luas dengan meja, kerusi, papan putih dan skrin
Bilik seminar berhawa dingin, luas dan terang.
Ustaz mengajar di hadapan papan putih kepada pelajar Pondok Tadabbur
Pengajaran bersemuka dengan papan putih dan nota bercetak.
Pelajar Pondok Tadabbur menulis nota semasa kelas
Peserta fokus mencatat nota sepanjang kelas.
Ruang rehat dengan meja panjang, bangku dan peti sejuk minuman
Ruang rehat untuk minum pagi dan makan tengah hari.
Ruang rehat dan sofa menunggu di Pondok Tadabbur
Ruang santai yang selesa sebelum dan selepas kelas.

Soalan lazim

Sebelum anda mendaftar

Apa beza kelas Selasa dan Jumaat?

Kelas Selasa sesuai untuk pesara dan suri rumah, dengan tiga program: Tadabbur Hati (9.00 pg – 10.00 pg), Tadabbur Quran (10.30 pg – 12.30 tgh) dan Tadabbur Hadis (2.00 ptg – 3.15 ptg). Kelas Jumaat sesuai untuk pekerja dan usahawan, iaitu Tadabbur Quran sahaja, 3.00 ptg – 5.00 ptg.

Bilakah kelas cuti?

Jadual tahunan yang lengkap akan diberikan kepada setiap pelajar selepas pendaftaran. Jadual ini menyatakan tarikh setiap pertemuan, minggu kelas bercuti (contohnya cuti perayaan dan cuti umum), serta maklumat penting lain sepanjang sesi. Dengan itu, anda boleh merancang kehadiran lebih awal.

Apa itu yuran pendaftaran Early Bird?

Semua pelajar, sama ada Pelajar Baharu atau Pelajar Lama, membayar Yuran Daftar Sesi 1 - 2027 sebanyak RM100. Daftar sebelum 15 Disember 2026 (hingga 14 Disember) untuk potongan 50%, jadi RM50 sahaja.

Perlu ikut ketiga-tiga program?

Tidak. Anda boleh memilih mana-mana program. Untuk kesempurnaan Tadabbur Ihya' (Bersih Hati · Faham Wahyu · Hidup Sunnah), kami menggalakkan anda menyertai ketiga-tiganya.

Saya tidak fasih bahasa Arab. Bolehkah saya ikut?

Boleh. Semua pengisian disampaikan dalam bahasa Melayu bersama terjemahan.

Bagaimana jika hari kelas jatuh pada cuti umum?

Kelas tetap cuti. Tajuk kelas adalah berurutan, jadi tajuk yang jatuh pada hari cuti dibawa ke minggu berikutnya, dan minggu ke-5 digunakan sebagai kelas gantian sehingga jadual kembali selari, supaya cukup 48 pertemuan setahun. Senarai cuti dan tarikh gantian ada dalam Buku Panduan.

Adakah kelas diteruskan pada bulan Ramadan dan cuti sekolah?

Ya, kecuali minggu akhir Ramadan dan minggu pertama Syawal. Tajuk kelas yang cuti dibawa ke minggu berikutnya dan minggu ke-5 digunakan sebagai kelas gantian, supaya cukup 48 pertemuan setahun.

Bolehkah saya mula di pertengahan program?

Boleh. Waktu terbaik ialah pada awal setiap marhalah supaya mudah mengikuti aliran pengajian.

Bagaimana cara daftar bersama rakan?

Dalam borang, tandakan "Daftar bersama rakan" dan isi maklumat rakan anda. Rakan anda tertakluk kepada pelajar baharu sahaja. Yuran Daftar menjadi percuma untuk anda berdua. Yuran program tetap dikenakan untuk setiap orang, dan anda membuat satu bayaran untuk kedua-duanya. Rakan anda akan didaftarkan dalam kelas dan program yang sama, dan menerima emel pengesahan sendiri.

Bagaimana saya bayar?

Selepas mengisi borang, anda akan dibawa ke halaman Bayarcash untuk bayar melalui FPX (perbankan dalam talian). Resit dihantar ke emel anda.